KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada penganjur perhimpunan ‘bebas Maria’ yang menggunakan lilin sebagai mematuhi peraturan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Beliau berkata, pihak penganjur yang mendesak pembebasan Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah itu perlu mematuhi peraturan tersebut atau bakal berdepan tindakan pihak berkuasa.
“Kami akan mengambil tindakan tegas, termasuk yang membakar lilin di Dataran Merdeka.
“Lihatlah jika mereka masih mahu melakukannya. Berani buat, berani tanggung akibatnya,”katanya, petik sebuah portal.
Terdahulu, penyokong Maria berikrar mengadakan himpunan untuk menuntut pembebasan pengerusi Bersih itu.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW