KUALA LUMPUR – Isteri pelakon, Datuk Jalaludin Hassan, Datin Hashimah Aksan meninggal dunia pada pukul 3.10 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, di sini.
Berita sedih itu dikongsi seorang menantunya, John Amru Addailami menerusi akaun Facebook.
Pesanan terakhir Allahyarham kepada anak-anak sebelum turut dikongsikan menerusi status tersebut, berbunyi “Kalau Allah jemput mama, satu sahaja pesanan mama, jangan sesekali tinggalkan solat dan berbaik-baik, berpakat adik beradik,” kongsinya.
Terdahulu, Hashimah, 63, difahamkan menjalani pembedahan pintasan jantung.
Jalaluddin dan Hashimah dikurniakan lapan cahayamata semenjak mendirikan rumah tangga pada awal 1980-an.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW