loading...

Hanya Gigitan Labah-labah Bukan ‘Love Bite’ – Yuna

KUALA LUPUR – Penyanyi yang kini meningkat naik di Amerika Syarikat, Yuna kini dihambat spekulasi apabila dikatakan mempunyai gigitan cinta atau ‘love bite’ di lehernya.

 

Namun perkara ini disangkal oleh penyanyi yang terkenal dengan lagu Crush ini dengan berkata bahawa kesan merah di lehernya adalah disebabkan oleh gigitan labah-labah.

 

Spekulasi ini bermula apabila gambar yuna yang mempunyai kesan merah ini dirakam oleh jurugambar secara tidak sengaja pada 19 November lalu.

 

Namun yuna lantas menyangkal dakwaan tersebut.

 

 

“Gigitan itu bukan saja ada di leher tetapi terdapat di beberapa bahagian badan seperti tangan dan kaki.

 

“Ekoran gigitan labah-labah itu muka saya membengkak hampir seminggu,” katanya.

 

 

 

Tambah beliau lagi, kesan gigtan tersebut memberi reaksi gatal dan ia terjadi ketika dia membuat persembahan di
Alabama, AS kira-kira lima minggu lalu.

 

Selain tangan dan kaki kesan lebam itu turut muncul di dahi dan hidung dan masih belum hilang sehingga kini.

 

“Jadi, janganlah sangka yang bukan-bukan,” katanya.

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...