KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi tempoh sehingga 2 petang ini kepada 10 individu untuk menyerah diri kerana didakwa terlibat dalam rusuhan di luar bangunan Parlimen, semalam.
Beliau berkata, jika mereka gagal berbuat demikian, pihak polis akan menangkap mereka.
Katanya, Ketua Polis Kuala Lumpur telah memberikan mereka peluang untuk menyerah diri dan beliau telah memintanya supaya memberi mereka masa sehingga petang ini.
“Jika mereka tidak datang dan tidak menyerah diri, kita akan tangkap mereka,” katanya pada sidang media di Bukit Aman pagi ini.
Beliau berkata polis akan memutuskan sama ada mahu mengambil tindakan ke atas ahli Parlimen berkenaan yang membawa kumpulan itu ke dalam kawasan Parlimen, bergantung kepada niat MP itu.
Semalam, sekumpulan individu cuba menyerang Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad di kawasan Parlimen.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW