loading...

Osman Ali: Terus berjuang bikin filem Melayu

BERBEZA dengan karyawan seni lain, pengarah prolifik, Osman Ali lebih selesa mengambil pendekatan berdiam diri.

 

Walaupun enggan mencampuri isu kontroversi FFM28, pengarah filem Pilot Cafe ini berazam untuk terus berjuang membikin filem Melayu.

 

“Saya faham, dua-dua pihak ada prinsip masing-masing.

 

“Tetapi, apa yang penting adalah menaikkan martabat filem Melayu,” katanya kepada Zass.

 

Tambahnya, industri perfileman semakin drastik menuju ke arah filem yang menonjolkan kehidupan masyarakat majmuk.

 

“Mungkin FFM ada nostalgianya tersendiri untuk filem Melayu dan peminatnya.

 

“Jadi, sesuatu perubahan perlu dilaksanakan dalam proses perlaksanaannya, pada masa akan datang,” katanya.

 

Menurutnya, kewujudan FFM bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada

pengkarya.

 

“Secara peribadinya, saya adalah peminat setia FFM, sedari kecil lagi.

 

“Saban tahun, saya sentiasa menanti dan menghitung setiap filem yang bertanding.

 

“Namun, selepas masuk dalam industri, perasaan itu seakan-akan hilang… mungkin penat melayan kontroversinya setiap tahun dan ada saja isu yang berbangkit,” katanya.

 

Bagaimanapun, pengarah filem Jwanita ini turut berharap akan berlakunya perubahan dalam FFM, pada masa akan datang.

 

“Sekadar cadangan, mungkin akan ada dua festival yang berbeza. Satu untuk filem Melayu sahaja dan satu lagi yang bersifat glibal (gabungan bahasa Malaysia dan bukan bahasa Malaysia).

 

“Bahkan, dalam festival tersebut, kita juga boleh menjemput filem-filem luar negara di Asia Tenggara untuk satu kategori khas,” katanya.-Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Previous
Next Post »
loading...