Semalam dimaklumkan bahawa hubungan cinta yang terjalin diantara Fattah Amin dan Sherry Ibrahim sudah pun berakhir. Semalam menerusi akaun Instagram, Sherry meluahkan perasaannya dimana beliau redha dengan apa yang terjadi walaupun ia bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi namun dirinya percaya bahawa pasti ada hikmah disebalik perpisahan itu
BACA: Cinta Fattah Amin, Sherry Ibrahim Berakhir
“Pertama sekali, saya nak minta maaf kepada semua pihak yang cuba menghubungi untuk mendapatkan penjelasan termasuk melahirkan rasa ambil berat terhadap apa yang terjadi. Saya faham. Cuma buat masa ini, saya minta jasa baik semua orang untuk berikan masa dan ruang. Apabila saya bersedia nanti, pasti akan ada kenyataan daripada pihak saya”
“Ini bukan kali pertama saya lalui. Ia membabitkan perasaan cinta, kasih dan sayang. Apa yang berlaku ada hikmahnya, Tuhan pasti tahu yang hamba-Nya ini kuat untuk menempuhinya. Pada akhirnya saya tak hilang apa apa. Siang dan malam saya tak putus berdoa kerana yakin Tuhan lebih tahu apa yang lebih baik ,” tulisnya menerusi akaun Instagram semalam.
Dalam kenyataan itu, ramai peminat yang turut membanjiri ruangan komen dengan memberikan kata-kata semangat kepada pelakon kesayangan mereka itu dan mengharapkan beliau terus tabah dan kuat mengharunginya. Walaupun ada juga diantaranya berasa sedih dengan berita perpisahan itu kerana gembira melihat kedua pelakon itu berpasangan bersama.
Terdahulu, Fattah menerusi kenyataan semalam memberitahu bahawa hubungan cinta diantara mereka sudah berakhir dan hubungan itu sebenarnya sudah lama renggang. Namun mereka memilih untuk berpisah dengan cara baik dan masih berkawan kerana dibawah satu pengurusan sama. Namun, Fattah menganggap tiada jodoh buat mereka berdua ke fasa seterusnya. (rkty/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Kata Adjektif: Jenis, Contoh Ayat, Contoh Latihan, ...

Daging Burger Masak Merah. Lauk Mudah Yang Sedap & ...

Tanah Malaysia Diambil Singapura, Menteri Kewangan ...

Ustaz G Major ...