KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menasihatkan orang ramai agar tidak lalai ketika bermain permainan yang menjadi kegilaan ramai, Pokemon Go.
Beliau akui pejabatnya turut menjadi lokasi pencarian ‘monster’ dalam permainan tersebut.
“Malah di pejabat saya pun ada ‘pokemon monster’. Staf saya cari pokemon dalam pejabat saya masa saya tak ada.
“Maksud saya, apa-apa yang menjurus ke arah ‘fitness’ saya suka tapi jangan lalai,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat Pemuda BN, di sini, hari ini.
Pokemon Go menjadi kegilaan selepas memasuki negara, minggu lalu dan pelbagai respons diberikan terhadap kemasukan permainan tersebut.
Menurut Khairy, dalam melakukan apa sahaja, kesederhanaan perlu diutamakan.
Semua perkara perlu sederhana sama ada pokemon, makanan dan sebagainya.
“Jangan terlalu berlebihan dalam semua perkara. Semuanya perlu sederhana,” katanya.-Sinar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW