Sempena kedatangan Syawal tahun ini, Hazama berhasrat untuk membawa kekasih hatinya, Genervie Kam beraya bersama di kampung halamannya Parit Buntar, Perak. Dalam masa yang sama, beliau juga ingin memperkenalkan kekasihnya itu kepada sanak saudara selain dapat meluangkan masa serta mengeratkan lagi hubungan bersama ibu Hazama.
BACA: Hazama Tidak Mahu Membazir Untuk Majlis Perkahwinan
“Kebetulan sanak-saudara Gen juga menetap di Perak, jadi saya merancang membawa dia pulang beraya di kampung. Ini pasti dapat mengeratkan hubungan antara dia dan keluarga saya. Buat masa ini, saya dan Gen belum menumpukan perhatian kepada soal kahwin. Biarlah perkara itu dibincangkan selepas Syawal nanti,” katanya kepada Berita Harian Online.
Sementara itu, Hazama menjelaskan bahawa Syawal tahun terasa berbeza suasananya apabila keadaan ibunya bertambah sihat jika dibandingkan dengan tahun-tahun lalu. Malah katanya lagi, kiranya dapatlah sambutan lebaran kali ini menebus kesuraman Aidilfitri yang lalu disamping kehadiran bakal menantu yang turut memeriahkan suasana hari raya tahun ini.
Sebelum ini, Hazama pernah menyatakan keinginannya untuk mendirikan rumah tangga bersama Genervie selepas Aidilfitri nanti. Namun beliau tidak mahu majlis itu berlangsung secara membazir, dan mereka berdua juga bersepakat untuk menginginkan sebuah majlis yang sederhana walaupun masih belum ada lagi kata putus mengenai tarikh dan lokasi yang sesuai. (rkty/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW