loading...

Awie Nafi Bakal Nikah Tunang Pada Hari Raya Ketiga

Selepas mengakui berita pertunangannya bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Sharifah Ladyana di Pulau Pinang, Awie tampil menjelaskan spekulasi yang mengatakan bahawa beliau dan tunang bakal bernikah pada Syawal ketiga ini. Sekaligus, Awie menafikan dakwaan itu dan memaklumkan bahawa masih belum menentukan tarikh yang tetap.

BACA: Awie Sudah Bertunang Dengan Syarifah Ladyana?

“Susah senang saya bersama dengan rakan media. Sudah tentu saya akan memaklumkan semua andai kami sudah mendapat tarikh yang sesuai. Mereka inilah yang bersama ketika saya berhadapan dengans segala kemelut rumah tangga sebelum ini. Jadi semestinya berita gembira ini juga ingin saya kongsi dengan mereka apabila sudah tiba masanya nanti”

“Maknanya tidak benar kami merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan pada Syawal ketiga nanti kerana sudah pasti sekarang ini saya sibuk membuat persiapan perkahwinan,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung desas-desus mengatakan bahawa belia dan tunang bakal melangsungkan sebuah majlis pernikahan sejurus selepas Aidilfitri nanti.

Terdahulu pada awal Jun lalu, vokalis Wings itu telah melangsungkan pertunangan dengan Sharifah Ladyana di Hotel Vistana, Pulau Pinang yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja. Berita pertunangannya menjadi viral di media sosial selepas gambar yang menunjukkan dua anak gadis penyanyi terbabit turut berada disana bersama Ladyana tersebar.

Tambahnya lagi, beliau tahu ramai yang mempertikaikan tindakannya untuk bertunang selepas melalui kehancuran rumah tangga sebelum ini, namun beliau hanya ingin memenuhi permintaan bakal isteri yang mahu merasai fasa bertunang sebelum berkahwin. Katanya lagi, kalau boleh ingin sahaja bernikah terus tetapi masih terikat dengan pelbagai urusan. (rkty/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...