loading...

Mukhriz Hasut Majlis Raja-Raja, Untuk Malukan Najib – Ramesh Rao

Kuala Lumpur – Bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikatakan cuba menghasut Majlis Raja-Raja agar membangkitkan isu yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

 

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao Krishnan ketika dihubungi SuaraTV berkata, Mukhriz telah mengadakan satu perjumpaan sulit dengan tiga orang Sultan agar membangkitkan isu-isu yang dikaitkan dengan Najib dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

 

“Saya dimaklumkan Mukhriz telah mengadakan satu perjumpaan sulit dengan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir minggu lepas.

 

“Dalam perjumpaan sulit tersebut, Mukhriz telah meminta agar Majlis Raja-Raja mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membentangkan hasil siasatan terhadap isu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri seperti SRC International, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan dana RM2.6 bilion” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Majlis Raja-Raja dijangka akan mengadakan perisidangan yang ke-240 selama dua hari bermula esok hingga Khamis.

 

Manakala satu mesyuarat ‘pre-council’ sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-240 telah diadakan di Istana Negara sebentar tadi.

 

Menurut Ramesh lagi tindakan Mukhriz itu membuktikan beliau begitu terdesak kerana mahu menjaga kepentingan politiknya.

 

“Apa yang saya boleh katakan, tindakan Mukhriz itu membuktikan beliau begitu terdesak kerana ingin menjaga kepentingan politiknya dan Tun Mahathir. Nampak sangat tindakan ini mahu mengunakan istana untuk memalukan perdana menteri.

 

“Sedangkan ketika bapanya menjadi perdana menteri dahulu, Tun Mahathir merupakan dalang yang mahu mengurangkan kuasa Sultan dan Raja Melayu bagi memastikan tiada campur tangan di dalam pentabiran dan politik negara” katanya lagi.

 

Ramesh turut menggesa Mukhriz menghentikan sebarang tindakan yang boleh melemahkan Barisan Nasional (BN).

 

“Nasihat saya pada Mukhriz agar jangan ‘double-standard’ dan cuba ingat kembali apa yang telah bapa kamu lagi lakukan kepada Raja-Raja Melayu.

 

“Sekarang adalah masa untuk menguatkan kembali sokongan untuk parti (BN) dan bukan untuk melemahkannya. Mukhriz sepatutnya menjaga pengundi yang telah memilih beliau sebagai wakil rakyat yang selama ini mengeluh dengan tindakannya yang sering ‘ponteng’ dan ‘hilang’ dari kawasan” ujarnya pula.

 

Majlis Raja-Raja dalm satu kenyataan sebelum ini bertitah mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat. – SuaraTV
Previous
Next Post »
loading...