loading...

Isu Restoran Pamer ‘Tiada Babi’ Bakal Diselesai

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi jaminan akan menyelesaikan isu pelekat ‘no pork’ atau ‘pork free’ di premis makanan secepat mungkin bagi mengelak masalah kekeliruan dalam kalangan pengguna khasnya beragama Islam menjadi semakin serius.

 

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata isu itu bukan saja membabitkan keyakinan pengguna Islam, malah ia turut menyentuh sensitiviti penganut agama lain.

 

Katanya, pengusaha premis haruslah menghormati kepercayaan semua kaum dan agama yang

melarang penganut masing-masing daripada mengambil daging babi.

 

“Jadi, saya sudah mengarahkan pegawai penguatkuasaan KPDNKK untuk turun padang memeriksa setiap premis yang mempamerkan pelekat seumpama itu yang menjadi kekeliruan pengguna.

 

“Walaupun ada yang mempertikaikan siapa yang harus bertanggungjawab berhubung masalah ini, saya berpendapat ia mesti diselesaikan kerana ia adalah fardu kifayah untuk kementerian dan fardu ain bagi saya sebagai seorang yang beragama Islam,” katanya dalam ucaptama Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 di sini, hari ini.-BH


Previous
Next Post »
loading...