KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak saman penulis novel terhadap pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof dan dua yang lain berhubung dakwaan menciplak karyanya dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam.
Hakim Datin Azizah Nawawi menolak saman Elias Idris, 64, selepas mendapati isu bohsia dan mat rempit adalah isu semasa dalam masyarakat di negara ini dan tidak boleh dijadikan perbandingan di antara novel dan filem.
Azizah berkata, idea membabitkan bohsia dan mat rempit tidak dilindungi mengikut Akta Hakcipta 1987 dan ia juga
Azizah kemudian membenarkan tuntutan balas ketiga-tiga defendan berhubung dakwaan plaintif memfitnah mereka melalui penerbitan artikel dalam internet membabitkan isu menciplak novel terbabit.
Hakim memerintahkan plaintif membayar ganti rugi RM100,000 dan kos sebanyak RM40,000 kepada semua defendan dalam tuntutan balas berkenaan.-BH