KUALA LUMPUR: Tindakan Tun Mahathir mempertikaikan hantaran yang diberikan kepada anak Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib ketika majlis perkahwinannya telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelajar Kazakhstan di Malaysia.
Satu surat terbuka terhadap mantan PM Malaysia itu dengan menegaskan bahawa mereka tidak mahu Tun M menghina budaya yang diamalkan dinegara mereka.
“Ini bukan pertama kali permainan politik menganggu perhubungan diantara malaysia dan Kazakhstan dan kita mesti sedar setia kali permainan politik ini digunakan tanpas sebarang bukti dan hanya kenyataan dari beberapa ahli politik yang mana menggunakan perkahwinan ini sebagai alat politik.” katanya.
Tambahnya lagi, sudah menjadi kebiasaan dalam adat mereka mesti meraikan pihak isteri .
“Dalam adat kami, suami mesti meraikan pihak isteri dan untuk melakukan demikian mereka akan memberikan hadiah yang
“Tradisi ini telah bermula sejak zaman nenek moyang mereka lagi apabila pihak lelaki akan berebut wanita untuk dijadikan isteri yang mana menjadi petunjuk bahawa suami mampu menanggung isteri dan sanggup untuk melakukannya.” katanya.
Dalam pada itu, mereka memberitahu Nooryana yang merupakan anak perdana menteri bersama suaminya Daniyar seringkali membantu mereka menguruskan pelbagai aktiviti sambutan kebudayaan dan Nooryana sendiri telal mengumpul dana untuk pelbagai badan – badan kebajikan.
Dalam surat terbuka itu juga, mereka mahu permainan politik Tun M dihentikan.
“Kami menghormati Dr. Mahathir namun kami mengharapkan ini adalah kali terakhir, apabila ahli politik yang mementingkan kepentingan politik mereka yang mana akan menggugat perhubungan antara negara dan berharap agar menghentikan permainan politik yang tidak kena tempat.”

Hyundai Venue 2025 Diperkenal Di Korea, Kecil Dari ...

Lama Menyepi Selepas Keluar Sm Entertainment, Ini ...

Pelajar Hilang Dari Asrama Di Kuala Terengganu Dit ...

Timbalan Presiden Pas Gesa Pihak Era Pn Jelaskan I ...