loading...

“Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi…”

Erein Symmone Tiller tinggal dalam kampus Universiti Tennessee di Nashville. Dia tinggal berdua dengan rakan serumahnya bernama Tieni Williams 20 tahun.

Sejak beberapa minggu tahap kesihatan Tiller tiba-tiba merosot mendadak. Dia sering merasa loya, hilang selera makan dan cirit-birit sehingga berat badannya menurun. Tiller merasa pelik dan tertanya-tanya apa punca yang menyebabkan dirinya sakit.

Pada suatu hari segalanya terjawab apabila Tiller melalui aplikasi Snapchat terlihat video rakan serumahnya Williams menceduk air dalam mangkuk tandas menggunakan cawan styrofoam.

Dalam video tersebut, kelihatan Williams sedang ketawa sambil menuang air tandas ke dalam botol minuman Tiller.

“Perempuan jalang itu pasti sakit. Ini ada najis kotor untuknya,” ujarnya.

Selesai menuangnya dia meletakkan kembali botol minuman Tiller ke tempat asal di bilik sebelah.

Sebaik melihat video itu, Tiller segera melapor kepada polis.

Kini Williams berada dalam tahanan polis dan dikenakan jaminan USD7,500. Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara maksimum sehingga 6 tahun.

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...