loading...

Susu Mahal Atau Murah, Kandunganya Sama Sahaja. Yang Penting Cara Ibu Kenalkan Susu Pada Bayi

Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak.

Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

Namun tidak ramai yang berjaya untuk melakukan penyusuan ibu sehingga anak berusia 2 tahun. Dilema setiap ibu adalah untuk memberikan susu terbaik buat si kecil. Ramai yang tertanya-tanya susu formula apa yang terbaik untuk anak mereka. Puan Fizah Sobri antara Dietitian yang terkenal merungkai susu yang terbaik untuk si kecil.

Soalan begini kerap juga saya dapat

Soalan
Puan saya nak kenalkan susu kepada anak saya yang usia 8 bulan sebab susu saya dah kering. Apakah susu formula yang paling sesuai untuk anak saya

Jawapan dari saya

Seeloknya cuba untuk restart susu ibu, sebab tiada istilah susu dah kering sebenarnya.
Susu boleh jadi banyak semula jika caranya adalah betul. Boleh jumpa dengan kaunselor laktasi anda atau pegawai sains pemakanan di klinik kesihatan terdekat dan mereka sangaaat happy untuk tolong anda naikkan susu badan semula

Jika nak cuba susu formula sementara, tiada susu formula yang TERBAIK untuk anak.
Semua berdasarkan kepada penerimaan anak kepada susu formula tersebut.
Apa yang membezakan harga susu formula di pasaran? Ada yang semurah rm30/pack hingaa rm90/pack..mesti yang mahal lagi bagus kan?

Tidak semestinya

Semua susu formula baby yang dipasarkan di pasaran antarabangsa perlu mengikut guideline yang bernama Codex Alimentarius

Guideline ini memberitahu berapa macronutrient serta micronutrient yang perlu ada susu formula tersebut agar dapat memenuhi keperluan anak tanpa membahaykan kesihatan anak yang sangat fragile sekarang.

Maka dari segi kandungan ni semua brand sama saja. Tiada perbezaan.

Yang jadi mahal adalah pertambahan zat/komposisi yang tidak terkandung dalam Codex Alimentarius tetapi telah dibuktikan melalui kajian selamat dan memberi manafaat kepada baby. Antaranya probiotic,prebiotic, omega 3,dha dan epa. Pertambahan bahan bahan ini akan membezakan kos setiap brand dan jadi daya penarikan kepada pembeli.

Yang penting cara anda kenalkan susu formula ke dalam diet baby…Cara anda kenalkan akan menentukan samada anak boleh terima atau tidak formula tersebut.

Jawapan akhir saya : tiada formula yang terbaik untuk anak anda. Yang terbaik hanya SUSU IBU.

Sumber: Dietitian Fizah Sobri

Previous
Next Post »
loading...