loading...

“Kenapa Degil Sangat Ni” Awas Mama Papa, Kata-Kata Itu Doa

“Penat lah mama ajar, kenapa DEGIL sangat ni..letak baju dalam bakul” ayat ini mungkin biasa kita guna. Namun ia boleh memberi kesan mendalam malah ia juga merupakan satu doa buat anak-anak. Kenapa anak jadi degil?

Mungkin ramai yang tidak tahu apa punca anak sukar untuk melakukan suruhan daripada ibu bapanya sendiri. Ataupun sukar untuk mendengar arahan. Ibu Rose berkongsi bagaimana PERKARA ini boleh berlaku.

Pertama kita perlu tahu apakah yang dinamakan degil. Degil ialah bila seseorang itu tidak mahu melakukan apa yang kita minta dia melakukan. Atau membuat apa yang kita tidak mahu dia melakukan.

Punca berlaku

Kenapakah ini berlaku? Ini adalah kerana kedua-dua pihak mempunyai gambaran yang berlainan mengenai perkara yang menjadi isu itu. Sehinggalah gambaran di minda itu boleh menjadi sama atau hampir sama, maka barulah degil tidak berlaku lagi.

Persoalannya, bagaimana hendak menyamakan gambar itu?

Solusi – Mempengaruhi (Bina Hubungan Rapat atau Rapport)

Jawapannya ialah mempengaruhi. Bagaimana pula hendak mempengaruhi? Jawapannya, membina PERHUBUNGAN rapat atau ‘rapport’. Bila ada perhubungan rapat, apa pun mudah diterima.

Di dalam NLP kata-kata ini sering dinyatakan; “Resistance is an indication of a lack of rapport” (Tak mendengar kata, degil, adalah petunjuk bahawa kurangnya hubungan rapat, rapport.”

Bila anda sudah faham ini, maka anda boleh memikirkan apakah yang menjadikan hubungan rapat ‘rapport’ dengan anak anda terjejas?

Namun, Ibu beri 9 perkara besar;

1- Hati Anak Selalu Terluka

Hati anak selalu dilukai sehingga dia tidak merasakan kasih anda. Bila anak dapat adik, perasaannya dibiarkan. Bila marah, tiada penjelasan yang memuaskan. Anak akan degil bila hatinya menjadi ‘Closed Heart’. ini banyak berlaku kepada remaja.

2- Pasangan bergaduh depan anak

Bergaduh suami isteri di hadapan anak, sehinggakan anak tidak nampak contoh teladan yang baik dari anda.

3- Mungkir janji pada anak

Mungkir janji dan tidak benar-benar meminta maaf kerana tidak dapat menunaikan janji.

4-Tidak lakukan apa yang disuruh (Tidak Cakap Serupa Bikin!)

Menyuruh dan mengarah tetapi sendiri tidak melakukan. Marah anak bercakap kasar, tetapi sendiri bercakap kasar dengan anak.

5-Tidak dengar pendapat anak.

Tidak mendengar apakah pendapat anak itu. (Ibu ada satu video yang Ibu nak tunjuk mengenai perkara ini.) Walaupun anda tidak setuju, dengarlah dahulu.

6- Terlampau ikut kehendak anak.

TERLAMPAU mengikut kehendak anak, sehinggakan anak menjadi tuan.

7 – Tiada ilmu dan skil keibubapaan yang betul.

Tidak mempunyai ILMU dan SKIL berkomunikasi berkesan yang menyebabkan payah untuk menjual idea kepada anak lalu anak tidak mengikut kata.

8 – Selalu kata anak degil.

Selalu mengatakan kepada anak dia degil dan selalu sangat bersangka bahawa dia degil. Ini menjadi doa!

9- Anak tidak dididik untuk menghormati ibu bapa

Anak tidak dididik untuk menghormati ibu bapa. Atau cara menyuruh anak menghormati ibu bapa adalah dengan kasar dan bukan dengan penuh kesabaran dan kasih-sayang. Maka anak tidak menghormati ibu bapa. Sebab HORMAT adalah sesuatu yang diberi bukan boleh dipaksa!

Ingatlah kuncinya, ialah HUBUNGAN RAPAT. Bila anda membina hubungan anda dengan anak, tiada lagi perkataan degil dalam kamus anda mengenai anak anda.

Semoga perkongsian Ibu ini membantu.

Sumber: Ibu Rose – Mesejnya Kasih

Previous
Next Post »
loading...