loading...

Dengar Tangisan Terus Hilang Sakit. Azrinaz Kongsi Video Detik Istimewa Lahirkan Anak Ke-3

Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim berkongsi momen indah sewaktu melahirkan anak ketiganya baru-baru ini.

Menerusi rakaman video yang memaparkan proses kelahiran anaknya bersama suami, Fairos Khan Abdul Hamid cukup buatkan ramai yang sebak dan terharu kerana bukan mudah untuk melahirkan seorang anak.

Dalam video itu jelas kedengaran kalimah ‘Assalamualaikum’ dan doktor yang menyambut juga mengesahkan bayi perempuan sambil memotong tali pusat.

Proses kelahiran kali ini, Azrinaz bersalin mudah tanpa kesan koyakan. Ini juga kerana dia turut mengakui aktif melakukan senaman sepanjang kehamilan.

Walaupun kelahiran mudah, tak dinafikan perasaan berdebar tetap ada. Pengalaman ini antara yang paling tak dapat dilupakan.

Selepas 11 tahun, macam mimpi ada baby 

Tambah Azrinaz lagi, Areesya merupakan zuriat yang sudah lama dinanti-nantikannya dan berharap anaknya itu menjadi anak yang solehah, baik dunia dan akhirat.

“Sesungguhnya saya dan suami telah lama menanti dan merindui kehadiran zuriat darah daging sebagai penerus jasa, penyeri hidup kami sekeluarga

“Menjadi harapan kami agar Areesya Malaykha menjadi seorang anak yang solehah, sihat tubuh badan, pandai berbicara dan berkata-kata (macam mommy ) dan menjadi insan berguna di dunia dan akhirat,” luahnya.

Sebelum ini Azrinaz berkongsi berita gembira selepas selamat melahirkan bayinya secara normal dengan berat 2.75 kilogram pada jam 10.20 pagi setelah 11 tahun ‘berehat’.

Proses bersalin mudah 

Walaupun lebih 10 tahun rehat proses kelahiran kali ini sangat mudah dan lancar.

“Saya dimasukkan ke pusat perubatan dari jam 5.30 pagi. Beberapa jam selepas itu, anak saya dilahirkan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan proses kelahiran juga mudah.

“Saya tidak menjangka semuanya berlaku begitu pantas. Mungkin kerana saya mengamalkan gaya hidup sihat, selain rezeki, semuanya menjadi mudah,” katanya.

Azrinaz dan suaminya, Fairos Khan Abdul Hamid, 43, itu melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis tertutup pada 1 Mei tahun lalu selepas mengenali antara satu sama lain sejak 20 tahun lalu dan mula rapat setahun sebelum bernikah.

Terdahulu, Azrinaz yang pernah berkahwin dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 13, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 11.

Sumber: IG Azrinaz Mazhar Hakim

Previous
Next Post »
loading...