KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak akan berdiam diri dan menutup mata namun akan terus memberi tekanan kepada Myanmar supaya menghentikan penindasan terhadap etnik Rohingya.
Beliau berkata, tekanan itu tidak boleh dihentikan kerana penindasan etnik berkanaan adalah tragedi yang amat menghina Islam.
‘Saya takkan bisu atau tutup mata…Malaysia teguh dengan pendirian bahawa ummah mesti terus dibela dan kekejaman mesti dihentikan,” katanya berucap pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, di sini sebentar tadi.
Najib berkata, tragedi ini mencengkam kalbu kerana isu Islam dihina.
“Isu ini juga kesabaran kita dicabar, soal hak asasi manusia dirobek. Malaysia teguh dengan pendirian bahawa ummah mesti terus dibela dan kekejaman mesti dihentikan,” katanya.
Hadir sama, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, turut menzahirkan rasa terkilan dengan sikap Pertubuhan Negara Islam (OIC) yang dilihat tidak bersungguh-sungguh mempertahankan hak dan nasib Rohingya.
Beliau berkata, tindakan Myanmar menggunakan satu artikel dalam piagam ASEAN untuk mempertahankan tindakan kejamnya ke atas etnik terbabit, amat mengecewakan. -SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW