PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak permohonan semakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan sabitan dan hukuman kes liwat yang dihadapinya.
Dalam prosiding yang bermula pada jam 10.19 minit pagi tadi, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan semakan berkenaan mengikut aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 tidak mempunyai sebarang merit.
Dengan keputusan itu Anwar dijangka akan terus dipenjara, perlu menghabiskan baki hukuman penjara lima tahun yang diperintahkan ke atasnya sehingga pertengahan 2018.
Hakim lain yang menganggotai panel mendengar permohonan Anwar itu ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, serta hakim mahkamah persekutuan, Tan Sri Hassan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW