loading...

Video: Bengang Hotel Kena Roboh, Jamal ‘Gegar’ Pusat Judi

SABAK BERNAM – Ketua UMNO Bahagian Dungai Besar yang juga merupakan pemilik Sekin Fisherman Village Hotel & Resort, Datuk Seri Jamal Md Yunos bersama-sama puluhan pengikutnya menyerbu sebuah pusat mesin permainan judi elektrik di Pekan Sekinchan, petang tadi.

 

Menurut Jamal, MDSB mengambil tindakan tegas meroboh Sekin Fisherman Village Hotel & Resort milik beliau kerana tidak mempunyai lesen tetapi tidak mengambil sebarang tindakan terhadap premis-premis tidak berlesen yang menjalankan kegiatan haram.

 

“Tempat hotel saya di roboh dan seal (tutup) yang ini (premis judi haram) depa (MDSB) tutup mata,” katanya kepada media.

 

Beliau mendakwa, kerajaan negeri Selangor selalu bermain politik hinggakan pusat judi dibiarkan berleluasa di Pekan Sekinchan.

 

“Jadi bagaimana mesin judi yang sebegini banyak, berlori-lori ini tidak diambil tindakan. Adakah mesin judi ini berlesen, adakah kedai besar ini berlesen atau dilesenkan, soal Jamal.

 

Menurutnya lagi, terdapat sembilan premis yang disyakki menjalan kegiatan haram di daerah tersebut iaitu lima di Sekinchan dan selebihnya di Sungai Besar.

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...