Michael Sandford, 20, mengaku bersalah pada bulan September lalu atas pertuduhan cuba memiliki senjata api secara haram dan menganggu majlis rasmi.
Beliau dituduh merampas pistol daripada seorang anggota polis pada perhimpunan di Las Vegas dengan niat untuk menembak Trump.
Ibu Sandford berkata, anaknya kesal atas tindakan yang dilakukan.
Sandford, dari Dorking, Surrey, boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun di atas plot pembunuhan tersebut.
Mahkamah diberitahu bahawa beliau layak dibebaskan dalam tempoh empat bulan, selepas dihantar pulang ke UK.
Pasukan pembelaan berkata, Sandford adalah seorang autistik dan mengalami sawan dan kebimbangan obsesi paksaan.
Sandford, selepas ditahan memaklumkan kepada polis yang beliau merancang menembak Trump.
Menurut dokumen mahkamah, Sandford adalah seorang gelandangan dan menetap di negara itu tanpa visa yang sah.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW