MALTA – Sebuah pesawat penerbangan domestik Libya, Afriqiyah Airways yang membawa 118 penumpang dirampas dan kini berada di Malta.
Media Malta melaporkan, dua perampas pesawat Airbus A320 itu mengugut akan meletupkan pesawat itu.
Perdana Menteri Malta, Joseph Muscat memberitahu melalui Twitter miliknya bahawa beliau dimaklumkan bahawa kemungkinan berlaku rampasan pesawat Libya yang kini berada di Malta dan operasi kecemasan sedang bersiap sedia. – Reuters.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW