loading...

Pas Selangor Umum Tolak Kerjasama Dengan PAN, DAP

SHAH ALAM – Pas Selangor tidak akan bekerjasama dengan DAP dan PAN berikutan tiada hubungan politik de­ngan kedua-dua parti itu di ­pe­ringkat pusat.

 

Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, bagaimanapun, parti itu akan terus mengadakan program bersama dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

 

“Pas Selangor tiada masalah untuk mengadakan program bersama de­ngan PKR dan PPBM. Walau bagaimanapun, Pas masih bertegas untuk tidak berada di atas pentas politik bersama DAP atau PAN ke­rana Pas tidak mempunyai hubungan politik de­ngan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

 

Beliau menjelaskan, setakat ini, terdapat dua ce­ramah umum Pas telah diadakan di ne­geri ini bersama para penceramah PKR dan PPBM.

 

Terbaharu, ujarnya, pada 5 Disember lalu Presiden PPBM, Tan Sri Muh­yiddin Yasin dan Ahli Biro Politik PKR, Sivarasa Rasiah bersama Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersama-sama dalam ceramah itu.

 

“Pas memang mempunyai hubungan politik dan hubungan dalam kerajaan (negeri) dengan PKR. Ceramah Pas yang melibatkan pimpinan PKR memang kerap diadakan tetapi ceramah bersama kepemimpinan PPBM di Se­langor hanya baharu dimulakan.

 

“Walau bagaimanapun, Pas di Kelantan dan Terengganu telah lebih dahulu menjemput para pemimpin PPBM dalam ceramah-ceramah mereka,” katanya. – UTUSAN



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...