loading...

Parti Shafie Kuat Di Tawau Dan Semporna

KUALA LUMPUR – Parti Warisan Sabah (Warisan) mempunyai peluang yang cerah untuk menawan dua kawasan Parlimen iaitu Tawau dan Semporna, kerana faktor pengaruh Presidennya Mohd Shafie Apdal, demikian menurut ikon Persidangan Kepemimpinan Mahasiswa Nasional(Pemanas) Noraini Jahudal.

 

Jelasnya pengundi di negeri bawah bayu itu cenderung memilih pemimpin berdasarkan suku kaum yang mampu memperjuangkan kepentingan dan hak mereka.

 

“Umno perlu risau. budaya politik di Sabah dengan Semenanjung sangat berbeza sebab kami banyak suku kaum.

 

“Contoh Shafie Apdal suku Bajau, jadi kebanyakan suku itu akan menyokong dia. Itu permainannya. Bergantung kepada suku kaum.

 

“Sebab rakyat di sana percaya pemimpin mengikut suku kaum ini akan berjaya menjaga rakyat.

 

“Sebab tu kawasan yang boleh dikuasai oleh Shafie ialah Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna,” katanya ketika ditemui di Putra World Trade Centre (PWTC).

 

Tambah Noraini, generasi muda di negeri itu menantikan tawaran daripada Warisan khususnya dari aspek kemajuan Sabah yang disifatkan masih tidak menunjukkan perkembangan yang boleh dibanggakan.

 

“Kami (generasi muda) kena lihat apa yang diperjuangkan oleh parti Warisan, anak muda di sana sedang bersemangat untuk melihat pihak mana yang memperjuangkan rakyat Sabah. Itu yang akan dipilih. Sudah mula gerakan memilih itu,” tambah penuntut Sarjana Ekonomi Islam (Kewangan Islam) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu lagi.

 

Sehubungan itu Umno – Barisan Nasional (BN) bukan setakat wajar untuk bimbang dengan Warisan dan peneraju parti itu Shafie Apdal bahkan dalam masa sama perlu menawarkan kemajuan dari aspek ekonomi dan pendidikan selain sosial.

 

“Baru-baru ini saya ada melihat ceramah yang diberikannya dan saya melihat perkembangannya, auranya semakin menerima sambutan.

 

“BN perlu kerja keras di Sabah sebab titik kemenangan BN adalah di Sabah dan Sarawak.” ujar anak muda yang berasal dari Sandakan itu.

 

Shafie mula mengetuai Warisan pada 22 September yang lalu selepas keluar daripada Umno.

 

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Semporna dibantu oleh Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking sebagai Timbalan Presiden parti.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...