loading...

Panglima ATM Ke Myanmar Untuk Lawatan Perpisahan Rakan Sejawat Negara ASEAN

KUALA LUMPUR – Perjumpaan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dengan rakan sejawatan di Myanmar, Jeneral Ming Aung Hlaing, 5 Disember lalu adalah dalam rangka lawatan perpisahan beliau kepada rakan-rakan sejawat khususnya di kalangan negara-negara ASEAN sebelum bersara.

 

Dalam perjumpaan tersebut,  Zulkifeli telah memaklumkan bersabit ancaman Daesh (Islamic States) terhadap Malaysia dan juga negara-negara serantau yang berdekatan.

 

Markas ATM dalam kenyataan malam tadi memaklumkan bahawa ancaman ini adalah nyata dan Malaysia memandang serius akan ancaman militan ini.

 

Beliau juga menekankan bahawa kerjasama negara-negara ASEAN amat diperlukan untuk menangani ancaman Daesh di rantau ini.

 

Kenyataan tersebut sebagai respons apabila ada pihak mempertikaikan pertemuan Zulkifeli dengan Ming Aung dan Presiden Myanmar selepas Malaysia mengadakan bantahan secara aman terhadap Myanmar ekoran pembunuhan etnik Rohingya di negara itu.

 

Menurut kenyataan itu lagi,  dalam perjumpaan itu Zulkifeli juga telah menyampaikan kekhuatiran dan kegusaran beliau terhadap apa yang berlaku mutakhir ini ke atas warga kaum Rohingya di negara Myanmar.

 

Beliau juga telah juga menyatakan kepada rakan sejawatannya bahawa keadaan itu jika tidak ditangani dengan baik dan berhemah, ianya akan mewujudkan satu keadaan yang akan dieksploitasikan oleh Daesh untuk memperkembangkan pengaruh dan kuasa mereka di rantau Asia Tenggara ini.

 

Pandangan yang sama juga telah disampaikan apabila Panglima ATM itu  dibawa bertemu dengan Presiden U Htin Kyaw pada hari yang sama. – Bnbbc



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...