loading...

MCA Keluar Amaran Keras Pada Wakil Rakyatnya

Jawatankuasa pusat MCA memberi amaran keras terhadap ADUN Titi Tinggi, Khaw Hock Kong kerana “tidak menyatakan secara lisan” mengenai pendirian parti itu terhadap isu pertukaran agama secara unilateral.

 

Amaran itu berikutan keputusan ADUN itu keluar daripada sidang Dewan Undangan Perlis sebagai membantah pindaan enakmen negeri yang membenarkan pertukaran agama kanak-kanak di bawah umur.

 

“YB Khaw gagal menyatakan bantahan parti itu di dalam dan di luar dewan dan menyebabkan spekulasi mengenai pendirian MCA mengenai perkara itu.

 

“Bagi kegagalan menyatakan bantahan parti itu secara lisan, jawatankuasa pusat telah memutuskan untuk mengeluarkan amaran keras kepada YB Khaw.

 

“Ini seharusnya menjadi peringatan kepada semua Ahli Parlimen MCA dan ADUN yang harus menyatakan pendirian MCA secara jelas dalam dewan,” kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.

 

Tindakan sabotaj

 

Beliau mengulangi pendirian MCA menentang pertukaran agama di bawah umur dan sokongan terhadap pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 2016 yang bertujuan memansuhkan amalan ini.

 

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa pindaan enakmen Perlis adalah satu tindakan “sabotaj” terhadap usaha kerajaan persekutuan untuk menghentikan pertukaran agama unilateral.

 

Rang undang-undang persekutuan telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama bulan lalu.

 

Antara lain ia menyatakan bahawa agama seseorang kanak-kanak kekal agama asal ibu bapanya sebelum salah seorang ibu bapanya memeluk agama Islam.

 

Ia juga menyatakan bahawa kanak-kanak hanya boleh masuk Islam dengan keizinan daripada kedua-dua ibu bapa muslim dan bukan muslim.

 

“Perkembangan ini adalah hasil daripada usaha MCA selama ini dengan parti komponen lain untuk menyelesaikan isu-isu pertukaran agama di negara ini,” katanya.

 

Terdahulu hari ini, Ketua PKR Sarawak Baru Bian menyuarakan sokongan kepada Persatuan Geraja-gereja Sarawak untuk meminda Ordinan Majlis Islam Sarawak agar selaras dengan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 2016.

 

Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 membolehkan pertukaran agama kanak-kanak kepada Islam dengan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga.-Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...