KUALA LUMPUR: Juara Gegar Vaganza musim tiga (GV3), Azharina Azhar mengakui sukar mencari lagu yang setanding atau lebih baik daripada Elegi Sepi hingga ia terus menjadi permintaan di setiap persembahan pentas sejak diperdengarkan 12 tahun lalu.
Nyata lagu ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik nukilan Julfekar yang dimuatkan dalam album keduanya berjudul Nina membawa tuah walaupun asalnya ia dihasilkan untuk kumpulan Raihan.
“Atas beberapa sebab ia menjadi milik saya namun tidak dinafikan memang susah untuk mendapatkan lagi karya lain yang mampu menandingi kehebatan Elegi Sepi.
“Malah selepas itu sebanyak 11 dendangan saya keluarkan tetapi belum mampu menangkis ingatan ramai terhadap lagu berkenaan.
“Ada lagu yang pernah saya hasilkan seperti Pergilah Cinta pada 2013 pun tidak memberi impak di Semenanjung Malaysia. Bagaimana pun lagu itu menjadi perhatian di Kalimantan, Indonesia juga di Brunei serta Sabah Sarawak.
Lagu itu ada sentuhan dan ‘feel’ Indonesia. “Pada 2015 pun saya ada rakam lagu ciptaan Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan berjudul Cinta Kita Selamanya tetapi ia turut menerima nasib sama seperti bingkisan sebelum ini,” katanya yang muncul dengan single baharu, Sekian Terima
Kemenangan Azharina sebagai juara GV3 Ahad lalu turut melayakkannya menerima ganjaran sebuah single baharu daripada Astro. “Perbincangan mengenainya akan diadakan dalam masa terdekat.
Teringin juga mahu bekerjasama dengan Datuk Ramli MS tetapi belum tahu macam mana nanti. Apa pun saya akan pilih lagu yang mesra radio.
“Setakat ini, ciptaan DJ Fuzz dalam perancangan dan lagu itu juga turut menjadi pilihan stesen radio ERA FM,” katanya.
Pada masa sama, penyanyi kelahiran Sabah itu juga mahu merealisasikan perancangan yang sudah diatur sebelum menyertai GV3 iaitu memperbaiki kelemahan sekali gus bergelar penghibur serba boleh.
“Saya menyanyi memang bukan kerana glamor. Saya pun sedar diri tidak popular sangat. Lebih penting ialah kepuasan ketika membuat persembahan dan memperbaiki kekurangan. Kalau orang nampak itu pun sudah memadai.
“Andai jadi, saya bakal menjayakan konsert solo di Indonesia, Brunei dan Filipina bermula tahun depan. Saya pun ada dimaklumkan yang komposer Julfekar mahu menyiapkan lagu Tagalog dan Tausug bagi pasaran Filipina.
Harap ia dipermudahkan,” katanya.-BHarian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

797 Unit Proton E.mas 7 Terjual Pada Mac, Kekal Ja ...

Kualiti Capaian Internet Di 92 Institusi Pendidika ...

Sdap Perkenalkan 2 Varian Porsche 911 Versi Dipert ...

Lintah Hidup Dalam Lubang Hidung ...