loading...

Ayu Ting Ting Didakwa ‘Kaki Gaduh’

“Nama aku kini sudah ‘busuk’ dalam bidang perniagaan gara-gara dikecam dengan pelbagai tuduhan oleh pihak mereka,”kata Ayu Ting Ting yang didakwa telah mencetuskan sebanyak dua kali permusuhan dengan rakan artis ternama, Jessica Iskandar dan Luna Maya hinggakan menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak.

 
Tambahan pula punca yang mencetuskan kedua-dua insiden itu didakwa disebabkan oleh sikap tidak jujur Ayu dalam menjalankan usaha sama dalam bidang perniagaan fesyen menyebabkan ibu tunggal itu dilabelkan seorang kaki gaduh.

 

 

“Aku bukan seorang kaki gaduh. Dalam keadaan hari ini, aku hanya mencari rezeki semata-mata. Tidak salah kalau aku memilih peluang yang terbaik untuk diri aku sendiri,” kata Ayu lagi, petik Utusan.

 
Ayu didakwa sudah menyatakan persetujuan untuk bekerjasama dalam mempromosikan jenama pakaian bersama Jessica dan Luna, bagaimanapun memungkiri persefahaman yang dilakukan tidak lama kemudian.

 
Keadaan kini semakin memanas apabila pada saat perang dingin yang tercetus belum selesai, Ayu bertindak mengeluarkan sebuah label jenama pakaian miliknya, A2T yang dilancarkan baru-baru ini.

 
Tindakan Ayu itu jelas menunjukkan sikap tidak profesionalnya dalam berurusniaga bahkan Jessica dan Luna juga bertindak menyelar perbuatan Ayu selepas itu.

 

 

“Aku juga diboikot dan kami sudah tidak lagi berkomunikasi antara satu sama lain. Aku tidak akan dengan mudah berputus asa atas apa yang terjadi.

 
“Malah aku harus bersemangat untuk menempuh apa juga cabaran yang mendatang. Apa yang berlaku sebelum ini adalah cabaran peringkat awal dalam bidang perniagaan yang baharu diceburi,” katanya.

 
Bersedia untuk bersemuka dengan Jessica dan Luna bagi menjernihkan permasalahan yang timbul bagaimanapun apa yang menjadi kebimbangan Ayu jika pertemuan itu tidak menjadi lantaran dibatasi rasa ego masing-masing.

 
Pun begitu menurut Ayu, dia akan bertanggungjawab sepenuhnya dan tidak akan patah semangat untuk memperbaiki ‘kerosakan’ hubungan yang telah diciptakan sebelum ini.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...