KUALA LUMPUR – Selepas perhimpunan raksasa solidariti Rohingya pada 4 Disember 2016 lalu melakar sejarah mengenai tuntutan isu penindasan Rohingya, Majlis Ittihad Ummah (MIU) bakal mengadakan Program Agenda 4213 “#pray4rohingya”.
Pengarah Media Programnya, Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, ia sebagai satu langkah dan tanda komitmen atas penindasan yang berlaku dan juga sebagai tanda protes di peringkat nasional terhadap kekejaman pada etnik itu.
Beliau yang mengalukan kehadiran orang ramai untuk bersama-sama menyertai program yang bertempat di ruang solat utama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya itu berkata, program itu akan bermula dari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam pada 18 Disember ini bagi menuntut isu penindasan umat islam Rohingya di Myanmar.
“Ia bukan sahaja mendapat perhatian masyarakat antarabangsa, malah, Malaysia turut berkongsi rasa atas penderitaan yang dihadapi oleh etnik muslim tersebut.
“Keperihatinan kerajaan Malaysia ke atas polimik ini telah ditunjukan secara bersepadu (integrated as-well united voices) oleh perbagai pihak tanpa batasan ideologi politik,”katanya menerusi dalam satu kenyataannya di sini hari ini.
Dalam pada itu beliau berkata, program itu akan disusun bermula dari jam 6.30 petang supaya hadirin yang datang dapat bersiap sedia untuk solat Maghrib, disusuli solat hajat dan bersolat Isyak bersama sebelum ke agenda yang seterusnya yang berakhir jam 9.30 malam.
Terdahulu, program ini bakal dihadiri beberapa pucuk pimpinan parti iaitu YB Nik Abduh Nik Aziz dan YB Ustaz Rosdi Long yang turut akan memberikan ceramah berkaitan isu penindasan tersebut.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW