SINGAPURA – Seorang pendandan rambut warga Malaysia yang menumbuk pramugari penerbangan dalam pesawat Tiger Airways pada Februari lepas dijatuhi hukuman penjara lima hari.
Chong Nyok Kiew, 57, mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas Veronica Siau Yen Ting, 26, lapor Straits Times.
Chong menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia, ke Singapura, 23 Februari lalu.
Sebelum penerbangan berlepas, Siau memberitahu penumpang dia ada meletakkan sepasang tongkat pesakit milik seorang penumpang di kompartmen sebelah atas di kawasan itu sebelum menyuruh kesemua mereka berhati-hati apabila menggunakan kompartmen tersebut.
Apabila mendarat di Lapangan Terbang Changi, seorang penumpang membuka kompartmen sebelah atas, menyebabkan satu daripada tongkat itu terjatuh ke atas Chong yang mula mengadu mengenai insiden itu.
Siau yang terdahulu memohon maaf ke atas insiden yang berlaku.
Kemudian, kerana masih tidak berpuas hati, Chong meminta pramugari itu menjelaskan mengapa tongkat itu terjatuh ke atasnya sekali gus menuntut bayaran pampasan.
Siau meminta Chong beredar ke tepi untuk membolehkan penumpang lain keluar dari pesawat tetapi Chong terus menyekat laluan dan menghalang penumpang lain daripada meninggalkan pesawat.
Selepas Siau memohon maaf sekali lagi dan meminta Chong bertenang namun Chong bertindak menumbuknya di bahagian pipi dan bahu kiri.
Disebabkan kerana menyebabkan kecederaan secara sengaja, Chong boleh dipenjara selama dua tahun dan denda S$5,000 (S$1 = RM2.99).
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW