KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam kejadian gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter, yang melanda Itali, hari ini.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Rom bagaimanapun sedang memantau dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa negara berkenaan berhubung kejadian terbabit.
“Tiada rakyat Malaysia disahkan terbabit dalam kejadian gempa bumi.
Namun, pihak kedutaan akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa Itali untuk sebarang maklumat serta perkembangan terkini.
“Kerajaan Malaysia juga ingin menyampaikan takziah kepada kerajaan dan rakyat Itali, khususnya ahli keluarga mangsa yang terkorban,” katanya.
Agensi media luar negara melaporkan setakat ini, seramai 38 orang terbunuh dalam kejadian gempa bumi yang melanda daerah Amatrice dan Accumoli di wilayah Umbria, kira-kira 100 kilometer di timur laut Rom pada jam 3.37 pagi waktu tempatan. – BH
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW