KUALA LUMPUR – Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi selepas didapati bersalah mengeluarkan kata-kata menghasut dalam perhimpunan #kitalawan dihadapan Kompleks Sogo tahun lalu.
Hakim Shamsudin Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Shamsudin bagaimanapun membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara oleh peguam Arif Azamani Husin yang mewakili Fakhrulrazi kerana akan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi.
Mohd. Fakhrulrazi, 38, yang juga Ketua Amanah Perak diarah membela diri pada 26 Mei lalu selepas mahkamah mendapati terdapat prima facie di peringkat pendakwaan.
Tertuduh melakukan kesalahan itu mengikut mengikut Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama. – Kosmo!
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW