KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) tidak bercadang membenarkan Rayani Air menyambung operasinya kerana hutang yang ditanggung syarikat penerbangan itu.
Memetik sumber Sinchew Daily, Rayani Air dianggarkan mempunyai hutang melebihi RM17 juta.
Syarikat penerbangan patuh syariah itu juga dilaporkan masih lagi berhutang sebanyak RM400,000 dengan pelanggan yang membeli tiketnya sebelum ini.
Dalam pada itu, Mavcom bakal menerima aduan berkenaan dan sedia membantu penumpang yang gagal mendapat pulangan wang.
Terdahulu, Mavcom telah membatalkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) Rayani Air, 13 Jun lalu.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW