loading...

Selepas Bercerai, Fezrul Khan Sedih Beraya Tanpa Anak

Ibu bapa mana yang tidak sedih apabila tidak dapat meraikan sambutan Aidilfitri yang sebelum ini disambut sebagai satu keluarga. Bagaimanapun menurut Fezrul Khan yang telah bercerai dengan isterinya sebelum ini, perkara tersebut dibincangkan secara baik bekas pasangan hidupnya itu.

BACA: Fezrul Khan Tayang Badan Di Instagram?

“Tipu kalau saya kata tidak sedih pada Hari Raya kali ini. Saya tidak dapat beraya bersama anak saya pada 1 Syawal nanti. Saya dan bekas isteri bagaimanapun sudah membuat persetujuan. Seminggu sebelum raya, Farrel bersam saya supaya dapat menyediakan keperluan dan membelikannya baju serta kasut baharu”

“Kemudian saya akan menghantar anak pulang beraya bersama ibunya di Perak sebelum saya pulang ke kampung di Johor,” jelas Fezrul kepada BH Plus. Dalam masa yang sama, Fezrul juga menyatakan bahawa dia tidak serik untuk kembali menjalin hubungan dengan sesiapa.

Namun buat ketika ini, belum ada lagi insan yang boleh menjadi teman hidupnya malah Fezrul sendiri mengambil pendekatan untuk berkawan dan mengenali hati budi terlebih dahulu. (rtky/s)

7- Selepas Bercerai, Fezrul Khan Sedih Beraya Tanpa Anak - ROTIKAYA 6- Selepas Bercerai, Fezrul Khan Sedih Beraya Tanpa Anak - ROTIKAYA 5- Selepas Bercerai, Fezrul Khan Sedih Beraya Tanpa Anak - ROTIKAYA 4- Selepas Bercerai, Fezrul Khan Sedih Beraya Tanpa Anak - ROTIKAYA 3- Selepas Bercerai, Fezrul Khan Sedih Beraya Tanpa Anak - ROTIKAYA 2- Selepas Bercerai, Fezrul Khan Sedih Beraya Tanpa Anak - ROTIKAYA

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...