KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan polis mengeluarkan senarai amaran ancaman bom dibeberapa lokasi-lokasi panas sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang menjadi sasaran pengganas di negara ini.
Khalid menerusi Facebooknya turut memuat naik mesej palsu berupa amaran cawangan khas kepada orang ramai terhadap beberapa lokasi tersebut.
“Peringatan ini bukan daripada PDRMsia,”Katanya dalam kenyataan menerusi laman mikro Twitter miliknya.
Khalid berkata, polis tidak pernah mengeluar dan mengedarkan maklumat tersebut kepada orang awam menerusi seluruh saluran media.
Terdahulu, sembilan kawasan yang dipalsukan menjadi tumpuan pengganas adalah The Curve, Mid Valley, Publika, Bangsar, KLCC, Menara Kuala Lumpur, Hartamas, Bukit Bintang dan stesen LRT. Selain itu, Pavilion kawasan Beach Club Jalan P. Ramlee, Jalan Alor dan Petaling Street turut disenaraikan bagi mengelakkan pengguna melalui jalan tersebut.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW