ULAANBAATAR – Malaysia melahirkan rasa dukacita terhadap insiden serangan di Nice, Perancis yang mengorbankan lebih 70 orang, awal pagi tadi.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata insiden berkenaan tidak seharusnya berlaku, apa lagi jika dilakukan oleh kumpulan pengganas.
Beliau berkata demikian kepada media Malaysia selepas perasmian Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Ke-11 yang bermula di sini, sebentar tadi.
Dalam kejadian itu, lebih 70 terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila seorang pemandu trak merempuh orang ramai yang berhimpun menyaksikan pertunjukan bunga api sempena sambutan Hari Bastille.
Presiden Perancis, Francois Hollande, menyifatkan serangan itu jelas menunjukkan ia tindakan ‘pengganas’. – BH
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW