JERSEY CITY – Gara-gara mengelak membayar tol lebih daripada 500 kali, seorang wanita telah di tahan dan di dakwa atas jenayah tersebut.
Menurut Jersey Journal, wanita tersebut yang dikenali sebagai Denise Simien mempunyai hutang lebih daripada $16,000 (RM62, 908) kerana tidak membayar tol dan yuran dan disebabkan itu pihak polis telah menahannya berhampiran Holland Tunnel.
Menurut Jurucakap Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey, Joe Pentangelo, wanita tersebut tidak berhenti ketika melalui tol berkenaan sebelum ditahan di plaza berdekatan.
Wanita tersebut didakwa pada Rabu atas tuduahn kecurian perkhidmatan dan menghalang keadilan.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW