loading...

Timbalan Menteri Duduk Tepi Longkang Tanda Protes

KUALA LUMPUR –  Sekali lagi, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah bergambar duduk ditepi longkang sebagai tanda protes.

 

Menurut Abu Bakar, beliau melalui kawasan tersebut selepas menerima aduan keadaan longkang yang sudah lama terbiar tanpa sebarang tindakan.

 

“Jam 7.10 petang, setelah terima aduan. Saya Duduk Lagi. Kali Ini Tepi Longkang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Bau Pun Busuk. Sudah Lama Begini. Tepi Jalan Utama. Kawasan Pasar Malam Pula.

 

“Apa nak kata..rakyat mengadu. Harap MBMB dapat bantu saya. Harap dapat baiki segera. Kalau tidak cukup duit boleh beritahu. Warga Tangga Batu Sentiasa di Hati,”katanya menerusi status yang dimuat naik menerusi Facebooknya.

 

Rata-rata pengikut Abu Bakar memuji tindakan wakil rakyat tersebut yang sentiasa menghulurkan bantuan dalam permasalahan rakyat.

 

Sebelum ini, gambar yang dimuat naik Abu Bakar menjadi viral apabila beliau memuat naik gambar duduk di atas jalan berlubang di kawasannya.

 

Netizen menyifatkan itu sebagai kali pertama dilakukan oleh seorang menteri malah, jalan tersebut juga telah pun dibaiki setelah kisah itu dimuat naik beliau, bulan lalu.”akhirnya.-SuaraTV

 

 

 

 

Previous
Next Post »
loading...