Kuala Lumpur – Seorang pengendali laman Facebook dikecam pengguna media sosial kerana menyifatkan solat sunat gerhana sebagai upacara menyembah matahari.
Pengendali laman Myvi Squad Elite sebelum ini memuatnaik sekeping gambar yang memaparkan sekumpulan guru sedang menunaikan solat sunat khusuf (gerhana) di sebuah kawasan lapang.
“Islam tak ajar sembah matahari, harap Jabatan Agama Islam Melaka ambil tindakan. Lokasi di Sekeolah kebangsaan Chabau Jasin Melaka.
“Ingatkan agama majusi dah pupus. Nampak gayanya bila kita tegur mereka dimaki pula kita. Subhannallah beginila agaknya sengsara zaman dulu nabi-nabi menegakkan kebenaran.,” tulisnya di laman Facabook petang tadi.
Tinjauan SuaraTV mendapati, rata-rata penguna Facebook menyifatkan pengendali laman tersebut sebagai kurang agama dan menjadikan Islam sebagai bahan lawak jenaka.
“Jaga-jaga dengan kata-kata admin, bab agama jangan dok buat main-main nak melawak dalam bab agama pun agak-agak laa,” tulis Mohd Anas.
“Admin sembahyang boleh dilakukan dimana-mana selagi tempat itu bersih dan sesuai untuk solat, apa salahnya diaorang solat kat situ? Dah bentangkan tikar bagai, kan bersih tue, sembahyang sunat gerhana,” kata Ajoy Teging
“Alahai admin, Islam suruh mendalami ilmu agama dan bukan jadi kereta Myvi standard tapi acah laju kot solat dalam kuil pon tak ada masalah. Bumi Allah ini luas,” Adi Hishammudin.
“Admin awat hang ini bingai sangat, kalau nak solat kena msuk surau atau masjid. Habis kalau masuk hutan nak cari surau atau masjid dekat, wahai admin yang bengap kayu,” ujar Mat Syox pula.
Menyedari akan kesilapan yang dilakukan itu, pengendali laman tersebut segera meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan itu. – SuaraTV