loading...

Tak Mampu Kurangkan Pekerja Asing – Isa Samad

BANGI: Keperluan pekerja asing di lihat amat penting bagi industri pertanian yang di jalankan oleh Felda kerana pekerja di ladang mojoriti di dominasi oleh Pekerja asing kata Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

 

Beliau yang ditemui di Institusi Semarak Felda disini berkata sekiranya pengurangan pekerja asing dilakukan di ladang Felda, beliau bimbang ia akan merencat pertumbuhan dan kelancaran proses di ladang-ladang.

 

“hal ini kerana kita tak mampu nak kurangkan pekerja asing kerana ladang kita besar seumpamanya.

 
“Sekiranya pekerja asing ini tiada, akan menjadi satu masalah dalam mengutip buah.”  katanya kepada wartawan setelah merasmikan program Adiwangsa yang melibatkan pelajar tingkatan 6 disini.

 

Dalam pada itu, beliau turut menambah  sekiranya berlakunya masalah kekurangan pekerja, pihaknya akan meminta untuk tambah pekerja di sektor berkenaan.

 

“Setakat ini kita akan kekalkan dulu dan jika ada kekurangan kita akan minta.

 

“Setakat ini Alhamdulillah kita mempunyai tenaga yang cukup.” ujarnya.

 

Terdahulu, Kerajaan telah menangguh pengambilan pekerja asing berikutan mahu pihak syarikat memberi lebih ruang pekerjaan kepada warga tempatan.

Previous
Next Post »
loading...