loading...

Lelaki India Gesa Pengganas ISIS Teruskan Usaha Culik Najib

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki menggesa pengganas ISIS agar tidak berputus asa dan meneruskan usaha untuk menculik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

 

Melalui rakaman video klip yang dihantar kepada SuaraTV, remaja yang dipercayai berketurunan India turut mempertikaikan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menggalkan usaha tersebut.

 

“ISIS rancang untuk menculik Najib… bukankah ISIS dan Najib merupakan orang yang sama.. kerana ISIS membunuh semua orang bukan Islam dan sorang lagi membunuh warga Mong.

 

“Malaysia gagalkan rancangan ISIS untuk menculik Najib… kenapa mesti kita gagalkan rancangan tersebut, bagi tahu aku siapa yang berani gagalkan gerakan tersebut.

 

“Aku sebenarnya tidak sokong ISIS tapi kalau isu ini berkaitan Najib… aku merayu pada ISIS jangan putus asa, cuba lagi walaupun gagal” memetik kenyataan remaja tersebut.

 

Sementara itu Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) ketika dihubungi menyifatkan kenyataan remaja tersebut sebagai biadap dan keterlaluan serta menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan.

 

Menurut Presidennya Abdul Rani Kulup Abdullah perbuataan remaja ini jelas berbaur hasutan dan amat berbahaya kepada keselamatan negara. – SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...