KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi catatan dalam laman rasmi Twitter beliau malam tadi berkata, polis telahpun menahan enam individu termasuk dua warga Nigeria dari kumpulan “Romance Scam” di Sunway, Subang semalam.
Beliau berkata, dengan tangkapan itu, PDRM berjaya menyelesaikan 12 kes melibatkan kerugian RM400,000.
Katanya, tangkapan itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.
Beliau turut mengucapkan syabas kepada pasukan JSJK berkenaan.
“Syabas JSJK @PDRMsia tangkap enam orang termasuk dua Warga Nigeria Kumpulan Romance Scam di Sunway selesaikan 12 kes melibatkan kerugian RM400,000.#GoPDRMGo,” katanya.