Kuala Lumpur – Walaupun ada yang mengatakan sokongan generasi muda terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semakin terhakis namun perkembangan terkini di media sosial menunjukkan sebaliknya.
Rata-rata anak muda khususnya yang penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat kembali ‘lembut’ dan mula menerima pendekatan sederhana yang ditujukkan oleh Najib.
Menurut pemerhati politik tindakan itu mungkin disebabkan kesilapan Tun Mahathir yang sanggup ‘sujud’ bersama-sama pimpinan pakatan pembangkang kerana mahu mengulingkan Najib.
Sementara itu tinjauan SuaraTV di laman-laman Facebook mendapati rata-rata pengguna mengunakan hashtag #RespectMyPM sebagai tanda sokongan terhadap Najib.
Malah ada yang melahirkan simpati apabila melihat Najib ‘dibelasah’ kerana dikatakan mencium kelambu Kaabah ketika menunaikan ibadah umrah baru-baru ini.
“Jujur aku katakan, sebelum ini aku antara insan yang paling membenci Najib… tapi aku sedih bila melihat seorang ‘pemimpin’ beragama Islam yang sedang beribadah, dikecam oleh bangsa lain. Mengapa perlu jadikan agama sebagai modal politik??? Moron!!! Jijik!!! #RespectMyPM,” ujar Ahmad Zaidi Ismail.
“Sbb tu islam melarang kita membenci @ mencintai sesuatu di dunia ini dgn berlebih2an….kita xtahu yg mana 1 lbh baik di sisiNya #RespectMyPM” kata Lanz Southern
“Ingat benci jgn melampau.. akhirnya Allah balikkan hati kita tetiba sayang ya amat..emosi manusia fana..hari ni benci tetiba esok suka pulak #RespectMyPM” luah Siti Salamah Mohd Yusof pula.
“Gagal? Apa yg gagal? Dgr fitnah org ka atau apa? Sebab harga minyak naik barang naik? Skarang dh turun apasal harga x turun? Sebab nilai mata wang jatuh? Apa negara lain mata wang semuanya kukuh? Hal 1MBD? Tabung Haji? EPF? Jgn jadi bahlol main dengar2 berita org munafik #RespectMyPM” kata Khairul Anwar.
Paling menarik apabila demam hashtag #RespectMyPM turut memenuhi di ruangan komen Facebook Perdana Menteri.
“Pelik, Kalau dulu semua yang komen akan maki-hamun, tapi hari ini penuh dengan #RespectMyPM dah mcm bukan wall PM dah. Hahhahaha” tulis Abdul Rahman Kadir pula. – SuaraTV