KUALA LUMPUR – Seorang bakal guru, tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan ibu bapa yang menimbang berat buku teks dan menyifatkan mereka terlalu memanjakan anak.
Menerusi status yang dimuatnaik di laman sosial facebook milik Hajaratul Husna mendakwa, ibu bapa hari ini sering membesarkan perkara kecil, sedangkan ia merupakan perkara asas yang perlu dilalui seorang murid ke sekolah.
“Bawa ilmu tak apa. Jangan sampai anak kau bawa rokok datang sekolah sebab dah tak tahu nak bawa apa. Buku kau congak punya kilonya. Manja macam teh. Nak minum kena tapih dulu,”tulisnya.
Terdahulu, menerusi status seorang ibu bapa, penjaga yang dikongsikan Himpunan Gambar Lawak, menunjukkan dua buah buku teks telah ditimbang dan berat buku tersebut didakwa tidak masuk akal.
Menerusi status perkongsian tersebut juga menyifatkan kerajaan tidak mengkaji berat sesebuah buku teks sekali gus membebankan pelajar untuk menyandang buku teks tersebut ke sekolah.- SuaraTV