loading...

Ali Tinju Pertikai Himpunam 140 NGO Anjuran Jamal

PETALING JAYA – Ali Tinju memperlekehkan musuh tradisinya, Datuk Jamal Yunus dan menyifatkan 140 badan bukan kerajaan (NGO) seluruh Selangor yang dikumpulkan untuk menyokong Datuk Seri Najib Razak terlalu kecil.

 

Ali Tinju atau Mohd Ali Baharom yang mengetuai Gerakan Merah berkata, beliau mampu mengumpul lebih banyak NGO iaitu sekurang-kurangnya 500 NGO pada 25 Mac nanti.

 

“140 itu dia (Jamal) kata. Saya rasa NGO untuk makan-makan ramai, yang pergi makan, masuk dewan itu ramai la.. ikut semua sekali NGO yang perang tak ramai.

 

“Jamal hanya menguasai negeri Selangor sahaja. Macam Gerakan Merah kita menguasai satu Malaysia. Kita ada Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Kelantan, Perak dan Perlis jaringan kita. Sabah, Sarawak belum lagi,” katanya kepada FMT.

 

Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) itu menambah, Gerakan Merah yang diketuainya itu akan mengisytiharkan taat setia tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan UMNO di Dataran Merdeka.

 

Ali berkata, beliau telah memaklumkan kepada ketua-ketua NGO di setiap negeri untuk mengatur strategi bagi mengumpul NGO yang berkenaan.

 

Dalam pada itu, Yang Dipertua PERKASA Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, jumlah NGO yang dikumpulkan Jamal itu bukan mustahil kerana Selangor mempunyai banyak NGO.

 

“Yang pastinya NGO itu mestilah NGO yang berdaftar. NGO banyak kat Selangor ini. Saya rasa tak ada masalah nak kumpul,” katanya sambal menegaskan PERKASA tidak menyertai Jamal.

 

Malam tadi, sebanyak 140 NGO seluruh Selangor mengisytiharkan taat setia tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. – FMT

Previous
Next Post »
loading...