loading...

“Mak Kat Mana, Apa Jadi Pada Mak”, Rintih Waris MH370

“Rain Hasnan, tak dapat ku luahkan kerinduan terhadapmu dan kasih sayangku kepadamu, Inilah gambar pertama yang saya kongsi selepas abang hilang,” jelas Ida di status akaun Facebooknya mengenai kerinduan terhadap abangnya yang merupakan salah seorang mangsa penerbangan MH370 terhempas di lautan Hindi.

 

Beliau berkongsi kesukaran kehilangan abangnya itu pada 2 tahun lalu dengan memuatnaik kembali gambar dan status yang telah ditulisnya di Facebook setelah mengetahui status MH370 yang disahkan hilang pada tarikh sama dua tahun lalu.

 

mh370 1

Abang kepada Ida, Nazrin atau lebih mesra dikenali sebagai Rain bertugas sebagai pramugara dalam penerbangan malang tersebut yang turut melibatkan 239 anak kapal.

 

Ida berkongsi mesej peribadinya itu di kumpulan Facebook bagi Keluarga MH370 semalam.

 

“8 Mac 2014. Ia seolah-seolah seperti semalam berlaku, hanya ia tidak. Tetapi, persoalan selama 2 tahun yang ditunggu-tunggu tidak pernah hadir. #SearchOn.

 

“Rain Hasnan, tak dapat ku luahkan kerinduan dan kasih sayangku kepadamu, inilah gambar pertama yang ku kongsi selepas dirimu hilang, pemberian ikhlas dari Sariza Said. Sehari selepas 8 Mac, tidak lekang diriku dari kaca televisyen untuk mendengar berita dari semasa ke semasa. 8 Mac memang tidak dapat ku lupakan, ingin ku menafikan kewujudannya namun 8 Mac telah terpahat.

 

“Rain, dirimu sentiasa dalam doa kami. Kami berharap kepulanganmu tidak lama lagi. Ku pohon, tolonglah doakan Hazrin, seorang abang, ayah dan anak yang dikasihi kami sekeluarga dan 238 insan lain yang berada di #MH370. Semoga doa-doa ini dapat merahmati mereka yang tidak berdosa. -Amin- ”

 

Ida bersama dua adiknya, Syafinaz dan Rina, menyertai acara memperingati tragedi MH370 bersama ahli keluarga mangsa lain di kompleks beli belah Publika pada 6 Mac yang lalu.

 

mh370 2

Isteri Rain, Intan Maizura Othman turut hadir di acara tersebut dan ditemani oleh anak-anak mereka, Iman yang berusia 7 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki yang dilahirkan 2 bulan setelah kehilangan Rain.

 

Acara ini juga merasmikan pelancaran kempen #SearchOn yang dijalankan oleh Voice370, sebuah kumpulan sokongan terdiri dari keluarga dan rakan-rakan mangsa menggesa pencarian dan penyiasatan MH370 diberikan perhatian seperti sedia kala ekoran pihak berkuasa telah menyuarakan untuk menutup kes dan menghentikan operasi pencarian pada Julai tahun 2016.

 

Sementara itu, anak salah seorang mangsa tragedi, Grace Subathirai Nathan menyatakan sokongannya kepada kempen tersebut dengan berkongsi cerita bagaimana beliau menerima berita kehilangan ibunya 2 tahun lalu.

 

mh370 3

“Mak, mak kat mana? Apa yang jadi pada mak? Mak okay ke? Mak sedar ke apa yang berlaku sepanjang perjalan mak?.

 

“Kami pohon maaf kerana masih belum jumpa mak. Namun, kami akan cuba dan takkan putus asa mencari. #SearchOn.”

 

TIDAK PERNAH KAU UCAP SELAMAT TINGGAL

 

Kehilangan Mohamad Sofuan Ibrahim, pegawai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang juga penumpang kapal MH370, berada dalam perjalan ke Beijing untuk menjalankan tugasnya sebagai Setiausaha Ekonomi di pejabat MITI di Beijing telah menyebabkan keluarga beliau bersedih atas nasib yang menimpa anak lelaki mereka itu.

 

“Sehingga kita bertemu lagi… tidak lama lagi InsyaAllah… mak dengan satu-satunya anak lelakinya,” jelas Fara, kakak kepada Sofuan dalam status yang dimuatnaik bersama-sama gambar Sofuan dan ibunya, sebelum berlepas ke Beijing.

 

Beliau telah dihantar ke KLIA oleh keluarganya dan Datuk Seri Mustapa Mohamed, menteri MITI turut hadir untuk mengucapkan selamatkan tinggal kepada Sofuan sebelum menaiki kapal terbang untuk berlepas ke Beijing.

 

mh370 5

 

Fara turut memuatnaik sebuah gambar Sofuan di akaun Instagram untuk memperingati kehilangan adiknya.

 

Gambar tersebut menunjukkan Sofuan sedang tersenyum di hadapan Pusat Konvensyen Melbourne ketika tahun 2010 dan pos terbabit diiringi dengan sebuah puisi yang memaparkan kesedihan yang dialami oleh keluarga mereka.

 

Dalam sebuah status yang telah dimuatnaik sebelum ini, Fara menulis, “Kehilangan orang tersayang adalah ujian paling getir dari Pencipta, dukanya hanya Allah yang tahu.”

 

Baru-baru ini, keluarga Sofuan telah mengadakan majlis doa selamat di Masjid Putraya untuk memperingati dan mendoakan anak mereka bagi harijadinya yang jatuh pada 16 Februari.

 

Australia dan Malaysia telah menyuarakan bahawa mereka masih menaruh harapan dalam menyelesaikan misteri kehilangan MH370 dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut menjanjikan pihak berkuasa akan kekal komited dalam melakukan apa sahaja untuk mencari jawapan dalam misteri ini.”

Previous
Next Post »
loading...