Punca lelaki pukul isteri dengan kasut terjawab! Lelaki yang memukul isterinya menggunakan kasut di tepi jalan berhampiran Plaza Tol Ayer Hitam, ditahan polis di kediamannya di Taman Sri Kluang, Kluang kira-kira 7.30 malam semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, penahanan itu hasil daripada maklumat orang awam yang mengecam kenderaan lelaki berusia 44 tahun itu.
Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan bersama isteri dan anak perempuannya yang berusia 39 dan 17 tahun itu dalam perjalanan dari Kluang ke Johor Bahru.
“Ketika melalui jalan berhampiran Plaza Tol Ayer Hitam, berlaku sedikit perbalahan antara pasangan terbabit. Siatan awal mendapati lelaki terbabit bertindak memukul isterinya kerana membebel disebabkan masalah kewangan. Suspek kini ditahan reman bermula hari ini sehingga Khamis. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” katanya.
KLIK
Dalam video berdurasi satu minit itu, lelaki berkenaan turut memukul seorang remaja perempuan iaitu anak pasangan berkenaan sambil wanita itu memeluk erat mangsa bagi melindunginya daripada turut dipukul.
Perbuatan kejam lelaki berkenaan berjaya dirakam pengguna jalan raya dan rakaman berkenaan kini tersebar di media sosial dengan kebanyakan pengguna internet mengecam perbuatan lelaki itu.
Dalam kejadian Jumaat lalu, tindakan lelaki memukul isterinya menggunakan kasut di tepi jalan berhampiran Plaza Tol Air Hitam menjadi viral di laman sosial. Video itu turut mencetuskan kemarahan pengguna laman sosial apabila tindakan lelaki terbabit dianggap keterlaluan.
Category: INFO SEMASA

Kemalangan Ragut Nyawa Kakak, Anaknya Ketika Perj ...

Orang Rapat Belot.. Identiti Sebenar Individu ...

Terkini Jofliam & Dewi Sah Bergelar Suami Iste ...

Lelaki Ditemui Meninggal Atas Bumbung Pasar Siti H ...