KUALA LUMPUR: Sikap Perdana Menteri Malaysia yang berjiwa rakyat terserlah apabila beliau sanggup turun ke pasar untuk membeli Jagung rebus.
Kejadian tersebut telah dimuat naik dalam status Facebook miliknya yang menunjukkan bahawa beliau membeli jangung rebus tersebut selepas pertemuan dengan rakan-rakan online.
“Lama tak makan jagung rebus, singgah di gerai tadi untuk beli daripada Khalfin yang berniaga di depan coffee coffee selepas pertemuan saya dengan rakan – rakan online.
Tindakan yang berjiwa rakyat itu telah menjadi viral di laman Facebook dan mendapat perhatian netizen.
Antara komen menarik yang telah dimuat naik ialah Salmiah Binti Tahir.
“Ramai yang tak suka, tetapi lebih ramai yang sayang”
Pemilik akaun Faceook, Mohd Fetri Aziz Sheriff turut memuji tindakan Datuk Seri Najib itu dalam komen yang dimuat naik.
“Alhamdulillah, THe best PM”
Chong Wei Ren pula berpendapat bahawa tiada Perdana Menteri sebaik Datuk Seri Najib.
“Tidak akan Ada Perdana meteri lain sebaik anda, saya sayang PM”