ALOR SETAR: Tindakan Dato’ seri Mukhriz melakukan ucapan terakhirnya dihadapan penyokongnya di Stadium menimbulkan rasa kurang senang masyarakat yang hadir ke stadium untuk menyaksikan pertandingan bola sepak.
Tinjuan Suara Tv di Laman Facebook memperlihatkan penonton yang menyaksikan perlawanan bola sepak semalam meluahkan rasa tidak puas hati.
Antara komen menarik dari pengguna Facebook ialah dari Najmi Ishak yang meluahkan rasa simpati dan meluat pada masa yang sama atas tindakan tersebut.
“Adoi.. nak kelaie sama hampa kelaie la, orang nak tengok bola, jangan dok perguna fans, hat simpati kat hampa, sat lagi jadi meluat kat hampa” tulisnya.
Hisham GreatTakaful turut memuat naik komen sindiran terhadap mereka yang menyokong Mukhriz dengan menyatakan sekiranya MB Kedah ditukar, adakah mereka semua tidak akan menyokong pasukan Kedah.
“Politik campuq dengan bola dah heret habis sekali penyokong.. katakan takdir Allah kena tukaq MB, hangpa semua takmo sokong team Kedah dah ka?”ujarnya dalam komen yang dimuat naik.
Dalam pada itu, MQ Rox turut memuat naik status yang berbaur amarah terhadap tindakan Mukhriz menyampaikan ucapan di Stadium semalam.
“Lanc** la sape buat tu, menyusahkan orang lain ja, orang nak pergi tengok bola, bukan nak tunggu Mukhriz, bodo betul” tulisnya.