Penyanyi Knock Knock Elizabeth Tan memberitahu sedikit kecewa apabila melihat kembali rakaman persembahannya di malam akhir Anugerah Juara Lagu 30 (AJL30).
“Secara jujurnya apabila melihat kembali rakaman ketika membuat persembahan di AJL30 saya rasa malu sangat,” katanya yang ditemui di Majlis Gong Xi Raya, petang kelmarin.
BACA: Elizabeth Tan Dan Adira Kini Berkawan Baik
Tambahnya lagi, kecacatan yang berlaku sepanjang persembahannya itu berpunca daripada kesihatannya yang tidak mengizinkan apabila mengalami gangguan sakit tekak yang menyebabkan hilang suara seminggu sebelum menjelang pertandingan tersebut.
“Sebenarnya hari Isnin sebelum pertandingan saya hilang suara di saat-saat itu yang menyebabkan saya mengalami stress serta debaran yang cukup tinggi,” katanya lagi.
Pun begitu, Elizabeth Tan menerima apa sahaja kritikan yang diberikan kepada dirinya supaya tidak membuat kesilapan yang sama di masa akan datang.
“Saya akan mengambil segala kritikan untuk memperbaiki diri lagi selepas ini,” katanya mengakhiri perbualan. (rtky/h)